PERUTUSAN PENGURUSI MAJLIS


PERUTUSAN PENGURUSI MAJLIS

PERUTUSAN PENGURUSI MAJLIS

Laman web adalah satu kemudahan utama dan merupakan satu kaedah perkongsian serta penyebaran maklumat secara elektronik yang amat popular pada masa kini. Dengan sokongan teknologi telekomunikasi yang semakin pantas dan moden, sebuah laman web mampu dicapai oleh kebanyakan individu di seluruh dunia sama ada diperoleh di pejabat, sekolah, pusat siber, kiosk internet di kompleks membeli bela atau pun kemudahan di rumah. Maka dengan adanya Laman Web Majlis Daerah Kinabatangan ini, saya pasti ianya akan memudahkan kerja pengurusan perkhidmatan yang lebih cepat, tepat dan berkualiti untuk memuaskan hati pelanggan sejajar dengan polisi kerjaan inginkan jentera beroperasi secara automasi menjuruskan ke arah cita-cita E-Government. Laman web ini akan dikemaskini dari masa ke semasa untuk melayani anda yang melawat laman web kami agar lebih efektif lagi pada masa akan datang. Melalui rangkaian internet ini, kami mengharapkan maklumbalas daripada anda bagi membantu kami menyediakan perkhidmatan yang lebih baik bukan Sahaja daripada laman web kami tetapi merangkumi semua aspek bagi Pembangunan daerah Kinabatangan agar lebih bersih, sihat, sebuah pekan yang cantik dan tempat selamat untuk didiami. Saya selaku Pengurusi Majlis Daerah Kinabatangan berasa amat bangga dan ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan Syabas kepada WebMaster dan kakitangan Majlis Daerah Kinabatangan di atas lahirnya sebuah laman web yang berinformasi ini. Semoga tuan/puan merasa selesa dan mendapat infomasi yang releven dan mustahak untuk rujukan selanjutnya selepas melayari laman web ini. Selamat melayari laman web kami, terima kasih.